MOHD FIRDAUS YON
14 Disember 2014
Gary (kanan) jadi rebutan pasukan Pahang,
JDT dan Kedah untuk musim depan PENGURUS merangkap Ketua
Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak percaya pemain tengah Harimau
Malaya, Gary Steven Robbat bakal bersama skuad Harimau Selatan bagi saingan
Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Meskipun pengendali dari
Croatia itu tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai penyertaan pemain
muda berkenaan untuk bersama JDT, dia mahu Gary bermain untuk pasukannya bagi
musim baharu.
“Dari apa yang saya tahu buat
masa ini, Gary akan bermain bersama JDT (untuk musim depan),” katanya.
Hodak berkata demikian kepada
pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) dengan premis pengedar
barangan dan pakaian sukan 100 peratus milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports
Sdn Bhd (Al-Ikhsan) di sini,
semalam.
Gary sebelum ini, diselubungi
kontroversi apabila namanya tersenarai di dalam tiga pasukan iaitu Pahang, JDT
dan Kedah untuk musim depan.
Pemain terbabit seperti
dilaporkan media, mengakui sedikit terkejut dengan perkembangan itu, tetapi
tidak menafikan atau mengesahkan malah hanya memberitahu akan memikirkan
penyelesaian terbaik selepas Piala AFF 2014 berakhir.
Selain itu, Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga menyerahkan isu Gary kepada Jawatankuasa Status
Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Persatuan berkenaan dalam satu
kenyataan memberitahu akan menghormati sepenuhnya sebarang keputusan yang
dibuat jawatankuasa berkenaan selepas
mendengar penjelasan daripada semua pihak yang terlibat.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 14.12.14
No comments:
Post a Comment