Ad

Saturday 27 December 2014

Jangan pandang sudut negatif saja!



MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  24 Disember 2014 1:24 AM
 Luciano FIGUEROA tonggak import dari Argentina yang memberi sumbangan
Luciano FIGUEROA tonggak import dari Argentina yang memberi sumbangan

LUCIANO FIGUEROA tonggak import dari Argentina yang memberi sumbangan besar kepada Johor Darul Ta’zim untuk menjulang kejuraan Liga Super musim ini, selain muncul naib juara Piala Malaysia.

KUALA LUMPUR - Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan penggunaan empat pemain import diturunkan serentak tidak wajar dipandang daripada sudut negatif semata-mata.

Malah, tiada bukti yang jelas ia boleh menjejaskan prestasi pasukan kebangsaan bagi jangka masa panjang, kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (FCAM), B. Sathianathan.

Menurut Sathianathan membenarkan lebih ramai pemain import beraksi boleh menaik­kan mutu Liga Malaysia dan secara tidak langsung pemain boleh mengambil itu seba­gai cabaran meningkatkan lagi mutu permainan.

Sathianathan yang juga jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, majoriti liga di luar negara membuka kuota kepada empat pemain import, termasuk juara Piala AFF, Thailand, malah ada yang sehingga lima pemain.

“Tidak perlu diperbesarkan isu ini (empat pemain import), malah saya sendiri menyokong langkah berkenaan memandangkan sekarang pemain tempatan pun sudah ada yang meminta lebih tinggi berbanding pemain import.

“Sebenarnya, semakin ramai pemain import, ia adalah sangat baik untuk meningkatkan mutu liga kita di samping meningkatkan lagi corak permainan pemain tempatan.

“Mungkin ramai tidak nampak seperti Thailand yang muncul juara Piala AFF menggunakan empat pemain import dalam liga mereka dan skuad kebangsaan mereka tetap kuat, malah mempunyai banyak pilihan.

“La Liga pun membenarkan lima pemain import dalam satu pasukan dan mereka boleh muncul juara Piala Dunia pada 2010 serta meraih dua kejuaraan Eropah, jangan jadikan alasan lambakan pemain import sebagai punca merudumnya prestasi skud negara, “ katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya lagi, tiada sebarang jaminan status pemain import itu akan membuatkan mereka secara automatik diserapkan dalam kese­belasan utama jika prestasi mereka tenggelam di belakang pemain tempatan.

“Jika saya nampak pemain tempatan lagi bagus daripada pemain import, saya tiada sebarang masalah meletakkan mereka dalam kesebelasan utama jika mereka lebih layak daripada segi merit,” katanya.

Sementara itu jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee, beliau ber­ada di persimpangan 50-50 tentang pendirian terbaharu FAM bagi kancah Liga Malaysia 2015, sambil menganggap ia terpulang kepada jurulatih setiap pasukan merencanakan strategi masing-masing.

“Jika pasukan-pasukan ini berjaya mendapatkan import berkua­liti dan berprofil tinggi, secara tidak langsung kualiti Liga Malaysia pasti meningkat, malah pemain-pemain kita boleh belajar sesuatu yang baharu daripada mereka.

“Namun, saya fikirkan posisi di bahagian serangan pasti mendapat impak kerana kebanyakan pasukan cenderung menggunakan pemain import dan penyerang tempatan kita sekadar memanaskan bangku simpanan atau terpaksa beralih posisi lain.

“Mungkin FAM perlu mengkaji satu mekanisme baharu untuk membuka ruang kepada pe­nyerang-penyerang tempatan lebih banyak beraksi dan jurulatih tempatan juga kena ada tanggungjawab sosial kepada pembentukan skuad kebangsaan,” katanya.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-pandang-sudut-negatif-saja-1.40249#sthash.w2klQwv0.dpuf

No comments:

Post a Comment