Bahaya, memudaratkan kesihatan
jika tersentuh
OPAT RATTANACHOT | 11
Disember 2014 1:53 AM
Syamil Nordin melihat rumpai
miang Mexico yang boleh memudaratkan
Syamil Nordin melihat rumpai
miang Mexico yang boleh memudaratkan kesihatan jika tersentuh di Taman Cahaya
Baiduri, Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah, semalam. (Gambar kecil: Rumpai
miang Mexico yang seakan-akan ulam raja).
Ads by BuyNsaveAd Options
SUNGAI PETANI 10 Dis. - Para
penduduk di bandar ini tidak menyedari bahawa rumpai miang Mexico yang tumbuh
di pekarangan rumah mereka sebenarnya mendatangkan bahaya seperti didedahkan
Kementerian Kesihatan.
Malah, menurut mereka, tumbuhan
tersebut juga boleh didapati di merata-rata tempat dan mempunyai bentuk
seakan-akan ulam raja yang sering dijadikan hidangan.
Seorang penduduk, Syamil
Nordin, 21, dari Taman Cahaya Baiduri, Sungai Pasir di sini berkata, dia tidak
menyangka rumpai tersebut boleh memudaratkan kesihatan jika tersentuh.
“Saya biasa nampak malah
pegang tetapi tak ada kesan apa-apa. Namun, selepas mendapat tahu kementerian
mengeluarkan amaran, saya kena berhati-hati,” katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia, di sini hari ini.
Rumpai miang Mexico merupakan
sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara
sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan
teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain
kesihatan manusia.
Syamil berkata, rumpai tersebut
dikesan tumbuh secara liar di pekarangan rumah, taman permainan dan berdekatan
sawah padi.
“Saya biasa nampak malah
tengok rumpai ini sejak kecil lagi. Tinggi pokok ini adalah sekitar 1.5 hingga
2 meter dan mempunyai bunga,” katanya.
Seorang suri rumah, Siti
Zubaidah Rashid, 32, pula berkata, dia tidak pernah mendengar kes orang ramai
terjejas akibat tersentuh atau terdedah dengan rumpai tersebut sebelum ini.
“Walaupun ada sikit-sikit gatal
apabila tersentuh, namun ia tidaklah ketara. Mungkin ia tidak menimbulkan kesan
kepada semua orang,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia
mengalu-alukan usaha pihak berkuasa bertindak menghapuskan rumpai tersebut
kerana dikhuatiri menimbulkan masalah kesihatan kepada orang ramai.
Seorang peniaga, Choo Tai Jong,
45, berpendapat, pihak berkuasa perlu memberikan penerangan secara terperinci
berhubung bahaya rumpai berkenaan.
“Saya nampak rumput ini ada di
mana-mana. Kalau betul bahaya, saya berharap pihak berkuasa kesihatan ambil
tindakan segera termasuk menghapuskannya,” katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/rumpai-miang-mexico-1.35083#sthash.VlYJidLY.dpuf
No comments:
Post a Comment