Ad

Wednesday 31 December 2014

Real Madrid tidak akan jual Bale 
pada sebarang harga



01 Januari 2015 1:16 AM
Gareth Bale bergambar bersama beberapa trofi yang dimenangi Real
Gareth Bale bergambar bersama beberapa trofi yang dimenangi Real

Gareth Bale bergambar bersama beberapa trofi yang dimenangi Real Madrid sewaktu sesi latihan di pusat latihan Valdebebas di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. – AFP
Ads by BuyNsaveAd Options

MADRID – Real Madrid memberitahu Manchester United, Gareth Bale bukan untuk dijual pada sebarang harga.

Bintang sayap Wales itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas depan selepas menyertai Real menerusi bayaran rekod dunia 85.3 juta pound (RM464 juta) 16 bulan lalu.

Pengurus United, Louis van Gaal memberitahu, Red Devils akan menyediakan sejumlah wang yang besar untuk menguatkan cabaran pasukan itu musim depan, dan membeli Bale berada dalam perancangannya.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez bagaimanapun berkata, kelab Los Blancos itu tiada me­nerima sebarang tawaran daripada United atau mana-mana pasukan untuk mendapatkan Bale.

“Kami tiada menerima tawaran daripada Manchester United atau kelab lain yang mahu membeli Gareth Bale.

“Sekali pun kami menerima tawaran selepas ini, ia tidak akan dilayan kerana pemain itu tidak akan dijual pada sebarang harga,” kata Perez yang dipetik akhbar Britain, The Guardian.

Bale, 25, yang dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Real menumpaskan AC Milan 4-2 dalam perlawanan persahabatan di Dubai semalam menegaskan, dia gembira bersama Real dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Madrid.

“Manchester United? Sa­ya gembira di Madrid. Saya sukakan bandar raya ini, cuacanya dan kelab. Saya bersemangat untuk memburu lebih banyak trofi di sini.

“Saya ada kontrak bersama Real Madrid hingga 2019 dan akan kekal di sini untuk beberapa tahun lagi selepas kontrak ber­akhir,” kata Bale.

Van Gaal bagaimanapun enggan membincangkan tentang usaha membawa Bale ke Old Trafford ketika ditemui dalam sidang akhbar minggu lalu.

“Saya hanya membincangkan perkara ini dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif, Ed Woodward) dan bukan orang lain atau media,” katanya ketika itu.

United pernah cuba untuk mendapatkan Bale ketika dia meninggalkan Tottenham pada September, 2013, namun bintang Wales itu menegaskan dia mahu menjadi sebahagian daripada skuad Real Madrid.

Bale telah membantu Real me­rangkul kejuaraan Liga Juara-juara musim lalu, selain Copa del Rey pada musim pertamanya bersama Los Blancos. Bale telah menjaringkan 11 gol dalam saingan La Liga musim ini untuk membantu Real menghuni tempat teratas. – AGENSI
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/real-madrid-tidak-akan-jual-bale-8232-pada-sebarang-harga-1.43115#sthash.Nk0BGPrA.dpuf

No comments:

Post a Comment