Ad

Monday, 22 December 2014

Safiq ceria dalam duka



MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  22 Disember 2014 12:54 AM
 Shukor Adan
KUALA LUMPUR – Kejayaan mera­ih gelaran Penjaring Terbanyak de­ngan enam gol buat Safiq Rahim um­pama penawar dalam duka selepas impian menjulang di hadapan Piala AFF 2014 di hadapan penyokong setia Harimau Malaya tidak kesampaian.


Berasa lebih manis jika dapat memenangi dua gelaran itu sekali gus, Safiq bagaimanapun mengingatkan tiada istilah putus asa dan mereka akan cuba memenangi gelaran itu pada dua tahun akan datang.

“Kami dah cuba sedaya upaya tetapi apakan daya tiada rezeki kami nak rayakan kemenangan ini di hadapan penyokong.

“Namun, kami tidak akan berhenti di sini dan akan terus berusaha pada kejohanan akan datang.
Advertisement

“Bagi gelaran ini, saya memang tidak jangkakan langsung dan ucap terima kasih kepada jurulatih serta rakan-rakan, tanpa mereka tidak mungkin saya muncul penjaring terbanyak,” katanya yang ditemui selepas perlawanan, semalam.

Dalam masa sama, Safiq mengingatkan skuad yang kali ini sebenarnya tidaklah terlalu tua memandangkan biarpun ada beberapa pemain sudah berusia 32 tahun ke atas.

“Rasa pelik juga bila orang ada kata skuad kali ini terlalu tua, dua ke tiga orang sahaja pemain yang boleh dirasakan sedikit tua.

“Kalau ada orang kata saya terlalu tua, tidak tahulah tetapi mungkin sebab antara kami telah bermain di peringkat antarabangsa.

“Apa-apa pun, semua pihak kena sedar inilah pemain terbaik kita ada dan mereka masih layak bermain dengan pasukan negara, selepas ini kita kena bentuk skuad yang sedia ada lebih mantap,” katanya.

Seorang lagi tonggak berpengalaman Harimau Malaya, Mohd. Amri Yahyah, berkata, mereka sebenarnya telah memang cuma gagal membawa piala kepada penyokong.
“Kami beraksi bukan sahaja demi negara namun demi jurulatih dan buktinya kami hampir sahaja mengejutkan Thailand.

“Kami telah menang dalam perlawanan malam ini cuma kalah mendapatkan trofi, itu sahaja membezakan kami dengan Thailand,” katanya.

No comments:

Post a Comment