Ad

Friday 19 December 2014

Harimau mahu lapah Gajah Perang



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
dan JALALUDDIN BAHARIN
sukan@kosmo.com.my
 
SEBAHAGIAN pemain skuad Harimau Malaya menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya berjanji bermain bermati-matian sekali gus menewaskan Thailand menjelang aksi kedua final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Berbekalkan kelebihan dua gol pada aksi pertama di Stadium Rajamangala pada Rabu lalu, anak-anak buah Kiatisuk Senamuang akan berdepan cabaran sengit dalam usaha mereka untuk menyamai rekod Singapura yang menjuarai Piala AFF Suzuki sebanyak empat kali.

Thailand yang merupakan juara edisi 1996, 2000 dan 2002 mahu memastikan kelebihan gol itu itu terus kekal sekali gus menambah kekecewaan pasukan Harimau Malaya dalam aksi final itu.

Biarpun pasukan yang dikenali sebagai Gajah Perang itu muncul sebagai pasukan pilihan, jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak mudah untuk mengibarkan bendera putih kerana beliau masih menaruh keyakinan skuadnya akan menumbangkan Thailand di laman sendiri.
SUMBER-
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3MPXxCEM5Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment