17 Disember 2014 1:00 AM
Safiq Rahim tetap menjalani
latihan semalam bagi perlawanan akhir
Safiq Rahim tetap menjalani
latihan semalam bagi perlawanan akhir pertama Piala AFF di Bangkok walaupun dia
masih terasa sakit akibat kecederaan di bahagian lutut. – UTUSAN
BANGKOK - Setelah Shukor Adan
disahkan boleh beraksi, kini Safiq Rahim pula menimbulkan kebimbangan dalam kem
Malaysia apabila pemain tengah itu bergelut dengan kecederaan di lutut kanan.
Kecederaan itu dialaminya sejak
kempen Piala AFF 2014 di peringkat Kumpulan B, namun gagal memaksa Safiq
mengalah dan kini pengorbanannya berbaloi apabila membawa Harimau Malaya mara
ke perlawanan akhir.
Walaupun begitu, kecederaan
Safiq tampak semakin serius selepas perlawanan separuh akhir kedua dengan
Vietnam namun pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tetap berdegil mahu
diturunkan.
“Tidak, saya sama sekali tidak
mahu terlepas dua perlawanan akhir ini, aksi yang cukup penting kepada kami dan
saya sanggup melakukan apa sahaja untuk diturunkan.
“Kecederaan ini saya alami
sejak di Singapura cuma semakin lama semakin terasa kerana tempoh pemulihan
yang pendek.
“Saya akan berjuang
habis-habisan sbiarpun terpaksa bermain dalam kesakitan.
“Berdasarkan laporan
fisioterapi, saya masih belum cergas 100 peratus tetapi itu tidak menghalang
niat saya untuk bermain,” katanya yang ditemui sebelum sesi latihan akhir di
Stadium Rajamangala semalam.
Safiq kini merupakan penjaring
terbanyak Piala AFF edisi ke-10 dengan empat gol, berkongsi kedudukan bersama
penyerang Vietnam, Le Cong Vinh.
Memainkan peranan penting di
bahagian tengah, khidmat Safiq amat ditagih oleh Dollah kerana pemain yang
berasal dari Selangor ini mampu membantu barisan pertahanan selain membuka
ruang kepada penyerang.
Berdasarkan sesi latihan akhir
semalam, Safiq dilihat mampu bermain dengan baik dan dijangka tetap akan
disenaraikan oleh Dollah. – UTUSAN
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-cedera-tapi-enggan-mengalah-1.37287#sthash.ypQtiEzT.dpuf
No comments:
Post a Comment