Sabtu, 20 Disember 2014 @ 8:52
PM
KUALA LUMPUR: Malaysia kembali
menyalakan harapan menjulang Piala AFF Suzuki buat kali kedua apabila
mendahului Thailand 2-0 selepas tamat separuh masa pertama, final kedua di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Tewas 2-0 perlawanan pertama di
Stadium Rajamangala Bangkok, Malaysia mempamer corak permainan pantas di awal
permainan yang jelas gagal dibaca muda Thailand.
Menerusi hantaran Azamuddin
Akil dari kanan padang, Norshahrul Idlan Talaha yang menyambut bola dan berada
di kawasan penalti dijatuhkan pertahanan Thailand.
Pengadil dari Iran, Faghani
Alireza Mohamad memberikan penalti yang disempurnakan Safiq Rahim yang turut
meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak, setakat ini dengan mengumpul
lima gol.
Thailand yang tersentak dengan
jaringan itu kembali memperkemas permainan dan berjaya memperoleh peluang
terbaik pada minit ke-12 menerusi Perapat Notechaiya.
Namun, rembatannya dari luar
kotak penalti sedikit tersasar dengan penjaga gol Farizal Marlias, sudah pun
merebahkan badan.
Pemain gantian, Safee Sali yang
dimasukkan pada minit ke-13 turut memperoleh peluang minit ke-17 hasil gerakan
menarik Amri Yahyah namun cubaannya tersasar.
Memasuki penghujung babak
pertama, Malaysia lebih menguasai bola namun setiap peluang gagal menerjah
gawang.
Begitupun, harapan kembali
bernyala menerusi gol jaringan Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan yang
melonjak dengan tandukan padu untuk memberikan kedudukan agregat 2-2 buat
Malaysia.
PENYERANG Malaysia Safee Sali
diasak pemain Thailand, Tanaboon Kesarat aksi final kedua Piala Suzuki AFF
2014. - Foto REUTERS
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 20.12.2014
No comments:
Post a Comment