Kuala Lumpur: “Harap aura 2010
‘datang’ kepada kami lagi.” Demikian harapan penyerang negara Safee Sali
menjelang final kedua Piala AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit
Jalil, malam ini.
Pernah mengecapi saat gemilang
membantu skuad negara mencatat kemenangan 3-0 ke atas Indonesia pada final
pertama di venue sama empat tahun lalu, Safee berkata, tidak mustahil untuk
aura itu datang lagi kepada skuad negara.
“Tahun 2010 memang satu kenangan
indah dan harap ia menjadi sumber inspirasi kepada pemain lain untuk
mengulanginya,” katanya.
Mungkin kerana pengalamannya
itu, Safee tetap tenang dan tidak mudah putus asa meskipun skuad negara
ketinggalan dengan defisit dua gol di tangan Thailand.“Masih ada 90 minit lagi.
Kita perlu terus positif dan tak mustahil untuk menang.“Sesiapa yang bakal
diturunkan nanti pasti akan mempunyai cita-cita untuk menjaringkan gol.“Saya
rasa semua sudah tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:36 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/17742#sthash.dtVcl0RX.dpuf
No comments:
Post a Comment