Ad

Tuesday 30 December 2014

PM lawat Kuala Krai, Gua Musang



PM lawat Kuala Krai, Gua Musang
 
Najib melayan kerenah anak kecil, Khadijah Umairah Mohd. Shukri ketika melawat pusat pemindahan banjir di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak di Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR – Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat tinjauan ke Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan hari ini untuk melihat sendiri kesan kemusnahan rumah penduduk di sana akibat banjir.

Perdana Menteri berkata, tinjauan itu bagi membolehkan kerajaan membuat penilaian terperinci sebelum menentukan bantuan yang bakal disalurkan kepada mereka yang terjejas.

“Saya lihat gambar-gambar memang kediaman mereka musnah sama sekali, ada yang tinggal papan kayu. Ini bererti mereka akan menghadapi masa depan yang kelam kalau tidak dibantu kerajaan,” kata beliau selepas melawat pusat pemindahan mang­sa banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong di sini semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3NOEf15UtHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment