Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Larian pantas S
Chanturu dan kelicikan memperdaya benteng pertahanan lawan bakal menjadi nadi
utama Johor Darul Ta'zim (Johor DT) mengharungi kempen Liga Liga M yang
menyingkap tirai 31 Januari ini.
Apa pun pemain kelahiran Kulim,
Kedah itu yang mampu beraksi di posisi sayap kanan dan kiri mengakui kecederaan
dialami tiga bulan lalu menjejaskan sedikit rentak permainannya.
Namun dia lega mampu beraksi
konsisten pada dua aksi persahabatan baru-baru ini.
Katanya, kecederaan dialami
ketika menyertai Sarawak sudah pulih sepenuhnya tetapi perlu berwaspada
mengelak ia berulang kerana tidak mahu terlepas berada dalam skuad utama Johor
DT.
“Ketika latihan awal bersama
Johor DT, saya agak kekok kerana kurang memahami corak latihan kendalian
jurulatih Bojan Hodak namun semuanya dapat diatasi selepas lebih dua minggu
bersama pasukan itu.
“Saya sudah pulih tetapi tetap
berhati-hati dan tidak mahu ia berulang kerana tidak mahu duduk di bangku
simpanan.
“Aksi persahabatan sangat
penting bukan sahaja kepada diri saya malah kepada pasukan kerana mampu
mendapat persefahaman jitu,” katanya.
Chanturu menepis dakwaan bakal
menghadapi kesukaran untuk berada dalam kesebelasan utama kerana percaya
kesungguhan dan disiplin sepanjang latihan menjadi kunci utama untuk
tersenarai.
Malah Hodak sudah mengenali
corak permainannya ketika bersama Kelantan pada 2012.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:31 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/19014#sthash.va29AgIy.dpuf
No comments:
Post a Comment