Ad

Monday 29 December 2014

Kami tengok 
apa boleh bantu’



SUFIAN HADI MOHD. SOJAK  |  30 Disember 2014 1:21 AM
KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja banjir di Pantai Timur reda, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bertemu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk berbincang mengenai bantuan yang boleh dihulur kepada The Red Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah berkata, pihak juga akan mengadakan perjumpaan dengan Perbadanan Stadium Kelantan bagi membuat pemeriksaan di Stadium Sultan Muhammad IV yang dilanda kerosakan akibat banjir.

“Kelantan yang paling serius dilanda banjir dan stadium mereka (Stadium Sultan Muhammad IV) antara yang terjejas teruk.

“Buat masa ini kita tunggu dahulu banjir di sana reda dan seterusnya kita akan lihat keadaan stadium tersebut. Sebab setiap stadium yang terkesan daripada banjir ini kita akan adakan pemeriksaan sekali lagi.

“Kita juga akan berbincang dengan KAFA dalam tempoh terdekat untuk melihat apa yang boleh dibantu dan pihak sekretariat juga sudah sedia maklum berhubung perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu Utusan Malaysia bahawa kerosakan yang berlaku di Stadium tersebut memerlukan tempoh tiga hingga empat minggu untuk pulih.

Namun beliau percaya, persiapan pemainnya tidak terlalu terganggu kerana sepak mula Liga Super hanya akan dilakukan pada 7 Februari, manakala Pahang dan Terengganu pula menarik nafas lega kerana banjir luar biasa yang melanda Pantai Timur tidak menjejaskan persiap­an mereka.

Dalam masa sama, Affandi yang juga Naib Presiden FAM memuji sikap masyarakat di negara ini yang begitu prihatin dan membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri.

“Walapun ramai pihak yang berada di dalam kesukaran namun kita lihat semua pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerja keras dalam meringankan beban mangsa banjir,” katanya.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-kami-tengok-8232-apa-boleh-bantu-8217-1.42503#sthash.uVRjVpir.dpuf

No comments:

Post a Comment