31/12/2014 9:00pm
PUTRAJAYA - Kerajaan telah
menetapkan harga runcit minyak petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35
sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 dan RM 2.11 mulai pukul 12.01 pagi,
hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit
bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
"Harga baharu ini akan
berkuat kuasa bagi bulan Januari 2015.
"Kerajaan akan mengikuti
perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap
masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan
berikutnya,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kerajaan pada 21 November lalu
telah memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut
kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.
Sehubungan itu, harga runcit
petrol RON95 pada bulan Disember ditetapkan pada harga RM2.26 seliter dan
diesel, RM2.23 seliter.
Harga RON97 pula adalah RM2.46
seliter.Dalam pada itu, Hasan berkata, semua syarikat minyak serta pengusaha
stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu itu.
Katanya, tindakan tegas akan
diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang melanggar
peraturan harga baharu yang telah ditetapkan kerajaan. - KOSMO!
SUMBER-Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz3NUE524R7Hakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment