Isnin, 29 Disember 2014 @ 4:08
PM
Minggu penangguhan persekolahan
tidak perlu diganti - TPM
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada
pelajar sekolah yang terlibat banjir dipercepatkan semasa sidang media di
Sekolah kebangsaan Kampung Nyior, Paka, Dungun hari ini. - Foto Imran Makhzan
DUNGUN: Penangguhan selama
seminggu permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negeri tidak perlu diganti,
kata
Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri
Pendidikan berkata, ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang
bersesuai untuk
persekolahan.
"Bukannya cuti
persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu yang kita terpaksa
tangguhkan. Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media
selepas melawat dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian
Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini.
Dengan penangguhan itu, tarikh
baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri
lain pada 12 Januari (Isnin).
Turut bersama dalam lawatan itu
ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan
Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.
Sebelum ini, sesi persekolahan
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4
Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.
Muhyiddin berkata, sehingga
semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah di tujuh negeri terjejas
banjir atau menjadi Pusat Pemindahan Sementara.
"Banjir masih berlarutan,
maka sebahagian sekolah tidak dapat digunakan. Malah ada guru yang masih berada
di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar.
"Justeru, atas dasar-dasar
ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu
ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah membuat taksiran mengenai
kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami berikutan
bencana itu.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE 29.12.14
No comments:
Post a Comment