Ad

Friday 19 December 2014

Mangsa banjir meningkat di Pahang, 1,586 terjejas



19 Disember 2014 11:26 AM

KUANTAN 19 Dis. - Jumlah mangsa banjir di daerah ini terus meningkat kepada 1,586 orang membabitkan 395 keluarga dan ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, pusat pemindahan Pusat Bina Insan Jaya Gading merupakan yang terbaharu dibuka dan menempatkan 48 mangsa membabitkan 12 keluarga.

“Jumlah mangsa di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan terus meningkat iaitu sehingga 883 mangsa, membabitkan 235 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu katanya, lain-lain pusat pemindahan adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abd Samad menempatkan 320 mangsa, SMK Gudang Rasau (209 mangsa), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (91 mangsa) dan SK Kempadang (35 mangsa).
Advertisement

Menurut beliau, laluan utama di Kilometer 16 Jalan Kuantan - Sungai Lembing dekat Sungai Riau ditutup kepada laluan kenderaan ringan. - UTUSAN ONLINE
- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/mangsa-banjir-meningkat-di-pahang-1-586-terjejas-1.38360#sthash.QGY1BvYD.dpuf

No comments:

Post a Comment