Hanya Piala AFF mampu diamkan
pengkritik
16 Disember 2014 1:43 AM
Safee
BANGKOK - Minda penyerang
prolifik Harimau Malaya, Safee Sali langsung tidak terganggu biarpun kerap
menjadi mangsa kritikan dan cemuhan segelintir penyokong Harimau Malaya di
laman sosial.
Memahami situasi itu timbul
ekoran keinginan peminat mahu melihat Malaysia menjuarai Piala AFF, Safee
percaya, hanya kemenangan ke atas Thailand dalam perlawanan akhir sahaja mampu
menyelesaikan semua masalah.
“Saya tidak mahu memikirkan
lagi apa yang berlaku dalam laman sosial sebelum ini, termasuk di Instagram
saya.
“Saya anggap ia asam garam
dalam bola sepak kerana harapan tinggi disandarkan peminat yang mahu melihat
kami memang.
“Bagi bola sepak moden, saya
lihat ini sebagai satu cabaran baharu yang perlu ditempuh pemain kerana peminat
bebas mengatakan apa sahaja dan ia ditujukan terus kepada kami.
“Namun saya tidak mahu fikir
lagi kerana bagi saya percaya kejayaan menjuarai Piala AFF adalah jawapan
terbaik atas semua kritikan,” katanya.
Jelas Safee, tiada apa yang
diharapkan daripada penyokong, melainkan mahu mereka bersatu menjelang final
Piala AFF.
“Kami menuntut sokongan padu
peminat supaya mampu memberi aksi terbaik. Kami hanya mahukan sokongan positif
agar dapat meningkatkan prestasi,” katanya.
Safee sebelum ini mencetus
kontroversi apabila menyindir penyokong yang sering mencemuh skuad kebangsaan
sejurus berjaya menewaskan Vietnam 4-2 dalam separuh akhir kedua di Hanoi,
minggu lalu.
Menjelang pertemuan dengan
Thailand esok, dia sudah 90 peratus bersedia untuk diturunkan.
“Selepas menjalani latihan hari
ini (semalam), kesakitan semakin tidak dirasai dan saya boleh bermain bila-bila
masa saja jika diarahkan oleh jurulatih,” katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/julang-kejuaraan-selesai-masalah-1.37038#sthash.91bivP8u.dpuf
No comments:
Post a Comment