Ad

Sunday 21 December 2014

PM tetap bangga 
dengan skuad negara



21 Disember 2014 1:09 AM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak tetap bangga dengan persembahan yang telah ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya walaupun gagal memenangi Piala AFF 2014 selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir.

“Walaupun kalah, saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya. Insya-Allah, akan lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter sejurus tamat perlawanan.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh Dollah Salleh menang 3-2 dalam perlawanan akhir kedua di Bukit Jalil malam tadi, tetapi kalah dari segi agregat 4-3 setelah tumpas 2-0 di Bangkok dalam pertemuan pertama pada Rabu lalu.

Semalam, Harimau Malaya mempamerkan permainan membanggakan apabila mendahului Thailand 3-0 dalam separuh masa pertama sebelum membenarkan pasukan pelawat bangkit pada separuh masa kedua.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pm-tetap-bangga-8232-dengan-skuad-negara-1.38983#sthash.c6x6lgnj.dpuf

No comments:

Post a Comment