2014 1:00 AM
SINGAPURA 26 NOVEMBER 2014 -
Mohd. Fadhli Shas
BANGKOK – ‘Pisang tidak akan
berbuah dua kali’, itu janji pertahanan tengah Harimau Malaya, Mohd. Fadhli
Shas agar apa yang terjadi pada perlawanan peringkat kumpulan tidak akan
berlaku lagi dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF hari ini.
Malaysia kalah 3-2 kepada
Thailand dalam pertemuan peringkat Kumpulan B di Singapura pada 26 November
lalu apabila pasukan lawan mendapat gol kemenangan pada penghujung perlawanan
sedangkan Harimau Malaya dua kali mendahului.
Mohd. Fadhli mengakui kelekaan
mereka menghancurkan hajat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya keputusan seri
dalam perlawanan itu, dan mengenangkan keadaan itu membuatkan dia serik.
“Hingga sekarang saya masih
belum dapat melupakan kekalahan itu. Kekalahan kami gara-gara leka di
minit-minit terakhir.
“Walaupun secara keseluruhan
kami bermain baik namun itu tidak memberikan sebarang makna kerana kami kalah.
Mujur kita tidak tersingkir daripada pertandingan.
“Saya dan rakan-rakan akan
memastikan apa yang berlaku sebelum ini di Singapura tidak akan berlaku lagi,
saya sudah serik, apatah lagi ini perlawanan akhir,” katanya ketika ditemui
oleh Utusan Malaysia semalam.
Mohd. Fadhli adalah sebahagian
daripada skuad negara yang membawa pulang satu-satunya kejayaan dalam Piala AFF
iaitu pada 2010. Bersamanya ketika itu ialah Safee Sali, Norshahrul Idlan
Talaha, Safiq Rahim, Muslim Ahmad, S. Kunanlan dan Khairul Fahmi Che Mat yang
semuanya masih berada dalam skuad sekarang.
Pada peringkat kumpulan bulan
lalu, kerapuhan benteng Harimau Malaya yang ketika itu diterajui Mohd. Fadhli
dan Afif Amiruddin membuatkan mereka akhirnya menggigit jari.
Dua jaringan penyerang gantian
Thailand, Adisak Kraisorn, hadir pada penghujung babak pertama dan kedua.
Menjelang perlawanan akhir
pertama di Stadium Rajamangala malam ini, Fadhli berkata, dia bersedia
digandingkan sekali lagi bersama ketua pasukan Shukor Adan seperti mana ketika
berdepan Vietnam pada separuh akhir kedua di Hanoi.
“Siapa yang tidak mahu bermain
dengan Shukor Adan, rasa bertuah dapat beraksi dengannya kerana dia kaya dengan
pengalaman.
“Banyak tunjuk ajar dia
berikan, bukan sahaja semasa berlatih tetapi dalam perlawanan sebenar. Dia juga
banyak beri keyakinan kepada kami semasa dalam padang,” katanya. – UTUSAN
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/cukuplah-sekali-8211-fadhli-1.37290#sthash.XPMaScAS.dpuf
No comments:
Post a Comment