Kuala lumpur: Rekod pertemuan
serta kekuatan pemain di atas padang memang tidak memihak kepada Harimau Malaya
apabila berdepan Thailand bagi aksi timbal balik final Piala AFF 2014 di
Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Malah Thailand kini selesa
dengan bekalan dua gol hasil kemenangan final pertama di Bangkok Rabu lalu
menjadikan misi Malaysia untuk mengulangi kejuaraan 2010 tampak sukar.
Namun pengendali negara Dollah
Salleh tetap yakin anak buahnya akan bangkit melakar kejutan.
“Kita sudah kalah dua kali
kepada Thailand sepanjang kejohanan kali ini dan bukan mudah untuk mengatasi
mereka,” katanya.
Kali terakhir Malaysia
menewaskan Thailand di laman sendiri pada 2004, 2-1 menerusi jaringan penyerang
Khalid Jamlus pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit
Jalil.
Untuk menjulang kejuaraan kali
ini, Harimau Malaya perlu mencatat kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 untuk
memadam defisit final pertama.
“Thailand memiliki pemain
pantas, berkemahiran tinggi dan stamina lebih baik berbanding kami.
“Tapi kita akan bermain di
laman sendiri dan perlu menggunakan kelebihan ini dan tidak mengulangi aksi
ketika kalah kepada Vietnam (1-2 separuh akhir pertama) di Shah Alam.
“Kita masih ada lagi baki 90
minit permainan dan jika penyokong memberikan sokongan padu sepanjang permainan
itu saya percaya mereka akan lebih bersemangat.
“Ini misi hidup mati kita, saya
tidak mahu menang saja tapi menang dan merangkul piala,” kata Dollah.
Dengan aksi kurang menjadi
dipamerkan Mohd Fadhli Shas, Mohd Amri Yahyah, Azamuddin Akil dan Mohd Badhri
Radzi serta kecederaan Indra Putra Mahayuddin, Dollah perlu memikirkan rombakan
pemain.
“Saya belum pasti lagi
(kesebelasan utama), mungkin akan ada rombakan kerana Indra mengalami
kecederaan dan belum pasti dia boleh main atau tidak,” katanya.
Jika Indra tidak boleh beraksi,
Dollah masih mempunyai pilihan untuk menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan
pasangan asalnya Mohd Safee Sali atau Abdul Manaf Mamat.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/17667#sthash.U5cb0EPv.dpuf
No comments:
Post a Comment