AHLI keluarga penumpang pesawat
AirAsia Indonesia QZ8501 tidak dapat menahan perasan selepas mendapat berita
pesawat tersebut hilang dipercayai di Laut Jawa di antara Tanjung Pandan, Pulau
Belitung dan Pontianak, Kalimantan.
JAKARTA, Indonesia – Pesawat
syarikat penerbangan milik Indonesia, AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke
Singapura dipercayai hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan
trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi waktu Malaysia.
Penerbangan tersebut membawa
155 penumpang dan tujuh anak kapal terdiri daripada 155 rakyat Indonesia, tiga
warga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Malaysia, Perancis,
Britain dan Singapura.
Pesawat QZ8501 berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada pukul 5.35 pagi dan
sepatutnya mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3NFCALQqyHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment