Ad

Saturday, 27 December 2014

Chelsea tiada tandingan



Mudah tundukkan West Ham dalam aksi Boxing Day
27 Disember 2014 1:33 AM

PENYERANG Chelsea, Diego Costa (dua dari kiri) melepaskan rembatan

PENYERANG Chelsea, Diego Costa (dua dari kiri) melepaskan rembatan yang menghasilkan jaringan kedua pasukannya sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United di Stamford Bridge, London, semalam. – AFP
Ads by BuyNsaveAd Options

LONDON - John Terry membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaringkan gol untuk Chelsea dalam dua perlawanan berturut-turut, manakala penyerang berbisa, Diego Costa mengukuhkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol sewaktu Blues menewaskan West Ham United 2-0, semalam.

Malah, kemenangan Chelsea itu turut membuktikan mereka adalah pasukan yang paling layak merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris berikutan terus konsisten meraih tiga mata selepas aksi di Stamford Bridge.

Kini skuad bimbingan Jose Mourinho itu sudahpun mengumpul 45 mata untuk berada di tangga teratas selepas 18 perlawanan dan jika terus mengekalkan aksi konsisten sehingga tamat tahun ini, maka peluang Blues untuk mengulangi pencapaian merangkul kejuaraan liga pada musim 2009/10 amat cerah.

Keputusan yang diraih Chelsea itu pastinya bakal memberikan tekanan kepada seteru utama Manchester City yang berada di kedudukan kedua dan kini perlu berusaha lebih keras andai mahu memintas kedudukan pendahulu liga.

Lebih manis sewaktu perlawanan tersebut, dua tonggak Chelsea, Terry dan Costa masing-masing mempamerkan aksi begitu menakjubkan dan membuktikan mengapa mereka menjadi pemain kepercayaan buat boss Blues, Mourinho untuk memikul tanggungjawab menentang West Ham pada perlawanan Boxing Day.

Pada perlawanan tersebut, Chelsea tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi rembatan kaki kiri, Terry pada minit ke-31 dan gol itu berjaya memberikan tekanan ke atas pasukan pelawat sepanjang separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Blues yang dilihat melancarkan beberapa serangan balas ke atas gawang West Ham United sebelum Costa menambah derita pasukan pelawat untuk gol kedua pada minit ke-62 dan jaringan ke-13 peribadinya musim ini.

Dalam perlawanan berikut, Chelsea dijadual menentang Southampton, esok dan aksi itu merupakan pertemuan terakhir Blues pada 2014 sebelum memulakan tahun 2015 menentang Tottenham pada 2 Januari.

Sementara West Ham United bakal melayan kunjungan Arsenal pada Ahad ini dan memulakan saingan 2015 menentang West Bromwich Albion sewaktu sambutan tahun baharu. – AGENSI
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/chelsea-tiada-tandingan-1.41423#sthash.VcnZfmKX.dpuf

No comments:

Post a Comment