Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2012
Salah sebuah bangunan konkrit dikenali
sebagai stockpiles digunakan untuk <br>menyimpan bijih besi yang masih
berdiri utuh. Salah sebuah bangunan
konkrit dikenali sebagai stockpiles digunakan untuk menyimpan bijih besi yang masih berdiri
utuh.
BUKIT BESI, DUNGUN - Kesan
sejarah perlombongan bijih besi yang masih ada boleh dikomersilkan dan menjadi
nilai pelancongan tinggi sehingga mewujudkan banyak peluang ekonomi kepada
penduduk tempatan jika ada usaha secara bersungguh-sungguh dilakukan ke arah
itu, demikian kata setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu Kawasan
Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah.
Merujuk kepada laporan Sinar
Harian yang mendedahkan terdapat beberapa artifak sejarah yang kini dalam
keadaan terbiar, Wan Rosli berkata, jika pihak berkenaan tidak berkemampuan
melakukan usaha pemeliharaan, proses berkenaan boleh diserahkan kepada pihak
swasta yang mungkin akan melihatnya dari sudut komersial.
“Sejarah Bukit Besi sebenarnya
boleh menjadi lebih popular berbanding sejarah A Famosa di Melaka.
“Ini berikutan hasil
peninggalan sejarah yang ada di sini lebih tersergam indah selain banyak yang
masih utuh dan mempunyai nilai komersil yang tinggi jika ia dibaik pulih,”
katanya.
Menurut Wan Rosli, jika
penduduk tempatan mendapat peluang pekerjaan hasil kemajuan industri
perlombongan bijih besi suatu ketika dahulu, usaha membaik pulih semua monumen
sejarah boleh menjadikan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan yang popular
di negeri ini.
“Selain kita ada artifak
sejarah, Bukit Besi juga mempunyai tasik yang boleh dimajukan dengan pelbagai
sukan riadah.
“Pada masa sama, kita ada
kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), jadi tidak ada sebab kenapa tempat
bersejarah ini seharusnya terus di pandang sepi,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 7 Jun 2012
No comments:
Post a Comment