Ad

Sunday 21 December 2014

Nicol hampiri gelaran dunia kelapan



20 Disember 2014 1:44 AM
 Nicol David
Nicol David
KAHERAH – Pilihan pertama Datuk Nicol David terpaksa bekerja keras semalam untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia buat kali ke-11.

Nicol, satu-satunya pemain yang menghuni ranking nombor satu dunia selama 100 bulan berturut-turut, menjinakkan pilihan keenam Camille Serme dari Perancis 11-9, 11-7, 13-11 dalam perlawanan yang begitu sengit.

Walaupun kadang-kala tidak bermain pada prestasi terbaiknya Nicol bertarung secukupnya pada penghujung perlawanan untuk meneruskan sasarannya merampas gelaran daripada bintang England, Laura Massaro yang tumpas pada suku akhir semalam.

Jika pemain berusia 31 tahun itu berjaya dalam perlawanan akhir kelak, dia bukan sahaja akan melebarkan rekod gelaran dunia miliknya kepada lapan, tetapi menjadi pemain pertama yang terlepas dan mendapat semula mahkota dunia pada tahun yang sama.

“Perlawanan itu sungguh sengit. Saya tidak fikir kami sempat bernafas pun, kerana permainan terlalu pantas. Saya juga terpaksa berusaha lebih keras dalam game ketiga,” katanya selepas pertaru­ngan selama 45 minit itu selesai.

Lawan Nicol pada separuh akhir nanti ialah pemain tuan rumah Omneya Abdel Kawy, yang merupakan ulangan perlawanan akhir 2010 di Sharm El-Sheikh yang dimenangi jaguh Malaysia itu de­ngan straight game untuk merangkul gelaran dunia kelima.

Pilihan ke-10 dari Mesir itu, mara ke separuh akhir selepas menang 12-10, 11-3, 11-4 ke atas seorang lagi pemain Malaysia, Low Wee Wern yang merupakan pilihan ketujuh. – AFP
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/nicol-hampiri-gelaran-dunia-kelapan-1.38624#sthash.L8WDdrjC.dpuf

No comments:

Post a Comment