Ad

Friday, 26 December 2014

Harimau Zoo Taiping terlepas



Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

ZOO Taiping & Night Safari di Taiping yang menempatkan harimau yang terlepas semalam. – Gambar hiasan

TAIPING – Pengunjung yang berada di Zoo Taiping & Night Safari di sini gempar apabila seekor harimau belang jantan terlepas dari kandangnya sebelum melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, Harimau Malaya itu melarikan diri lebih tiga jam sebelum binatang buas tersebut ditangkap semula selepas ditembak ubat pelali di kawasan belukar yang terletak di luar zoo.

Harimau berusia 16 tahun itu mempunyai berat 300 kilogram dan dua meter panjang.

Pengarah Zoo Taiping & Night Safari, Dr. Kevin Lazarus berkata, kejadian berlaku ketika harimau tersebut sedang berada dalam kandangnya dan bukannya di ruangan pameran awam.

“Bagaimanapun, semasa kerja-kerja penyelenggaraan zoo dijalankan berdekatan kandang harimau, binatang itu tiba-tiba terkejut lalu terhentak pintu kurungan sehingga kuncinya terbuka.

“Harimau itu kemudian keluar dan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter sebelum melarikan diri ke kawasan belukar,” katanya di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3N1G1DXAtHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment