Ad

Wednesday, 17 December 2014

Final 1 Piala AFF: Babak pertama terikat 0-0




17 Disember 2014 8:51 PM
BANGKOK 17 Dis. - Thailand dan Malaysia mempamer aksi seimbang pada separuh akhir pertama, final pertama Piala AFF yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Rajamangala di sini, sebentar tadi.

Saingan cukup menghiburkan dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang baik untuk meledak gol, tetapi ketangkasan penjaga gol masing-masing menyaksikan tiada jaringan berjaya dihasilkan.

Dua peluang terbaik Malaysia hadir menerusi Amri Yahyah dan Norshahrul Idhlan Talaha, namun percubaan cantik mereka berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Kawin Thamsatchanan.

Penjaga gawang negara, Farizal Marlias sendiri bertindak cemerlang menafikan percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh tuan rumah untuk kedudukan seimbang sehingga babak kedua disambung beberapa minit daripada sekarang. - UTUSAN ONLINE
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/final-1-piala-aff-babak-pertama-terikat-0-0-1.37430#sthash.MoYXDw1j.dpuf

No comments:

Post a Comment