Ad

Sunday, 21 December 2014

Nicol bangga raih kejuaraan dunia kelapan



21 Disember 2014 3:50 PM

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David menangis sejurus merangkul kejuaraan dunia buat kali kelapan selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Raneem El Weleily di Mesir, awal pagi tadi.

Nicol, 31, mengakui, menewaskan Raneem adalah kejayaan yang cukup manis kerana ia dilakar di depan penyokong Mesir yang memenuhi Kelab Wadi Degla di Kaherah.

Malah, dia dipaksa berhempas dalam pertarungan sengit lebih sejam sebelum menang 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5.

“Setiap kejuaraan dunia adalah istimewa, namun kemenangan kali ini sangat hebat kerana saya melakukannya di Mesir. Ramai penyokong Mesir yang mahu melihat pemain mereka muncul juara.

“Saya gembira bermain di sini, Raneem beraksi dengan sangat bagus kerana mahu mencari kemenangan untuk peminatnya, dan saya perlu melakukan sesuatu jika mahu menghalang perkara itu daripada berlaku.

“Saya hanya beritahu diri sendiri, saya mahu menang mata terakhir...saya berulang kali mengingatkan diri sendiri sehingga permainan tamat,” ujar Nicol.

Nicol sebelum ini memenangi kejuaraan berprestij itu pada 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006 dan 2005. - UTUSAN ONLINE
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/nicol-bangga-raih-kejuaraan-dunia-kelapan-1.39122#sthash.FMa2g63M.dpuf

No comments:

Post a Comment