Oleh JALALUDDIN BAHARIN
dan TENGKU ASYRAF TENGKU
SALLEHUDDIN
sukan@kosmo.com.my
NAMPAK gayanya, Thailand cuba
melancarkan perang psikologi terhadap kem Harimau Malaya menjelang aksi final
kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Belum lagi sepak mula pada
malam ini, skuad yang dikenali sebagai Gajah Perang itu sudah ‘memuji’ pasukan
bimbingan Dollah Salleh biarpun Thailand dilihat memiliki kelebihan selepas
menewaskan Harimau Malaya 2-0 pada aksi timbal balik pertama di Stadium
Rajamangala, Rabu lalu.
Ini kerana Thailand menganggap
Harimau Malaya memiliki pengalaman daripada barisan pemain-pemain senior
antaranya kapten, Shukor Adan.
Menurut penyerang Thailand,
Adisak Kraisorn, dia menyedari skuad negara masih memiliki kelebihan beraksi di
laman sendiri dan mampu mengatasi defisit jaringan milik skuad kendalian Kiatisuk
Senamuang.
Jelas bintang BEC Tero Sasana
yang berusia 24 tahun itu, dia tanpa berselindung mengakui barisan pemain
Harimau Malaya memiliki kualiti tersendiri untuk mengubah nasib mereka
sepanjang 90 minit kedua di Bukit Jalil nanti.
“Saya mahu belajar bermain bola
dengan pasukan Malaysia (Harimau Malaya). Sebagai contoh, saya mengalami
kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan yang diketuai oleh pemain No. 12
(Shukor).
“Dari situ, saya dapat
mempelajari bagaimana cara untuk menembusi pertahanan Malaysia dan saya masih
lagi muda serta tidak memiliki banyak pengalaman bermain di pentas
antarabangsa,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3MPh3Stc4Hakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment