Ad

Thursday 25 December 2014

Enam mangsa terkandas di Gunung Gagau diselamat



25 Disember 2014 
HULU TERENGGANU - Enam mangsa terakhir yang terkandas di Gunung Gagau, Tasik Kenyir di sini telah dijumpai dan selamat dibawa turun hari ini.
  
Kesemua mangsa terdiri daripada kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Seksyen Topografi Wilayah Timur itu selamat tiba di Pengkalan Gawi pada 9.15 pagi tadi.
  
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nor Mahathir Mohammad berkata, pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan keletihan pada kira-kira 6 petang semalam di satu tapak perkemahan di Sungai Chicir.
  
Mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun.
  
"Keadaan cuaca semalam yang gelap dan mangsa yang keletihan menyebabkan mereka terpaksa bermalam satu malam lagi di situ," katanya sambil menambah mangsa telah kehabisan makanan sejak semalam.
  
Kumpulan itu dilaporkan memasuki kawasan pergunungan itu pada 5 Disember lepas untuk melakukan kerja-kerja mengukur sempadan Terengganu/Kelantan dan menyiapkan tugasan pada 14 Disember, sebelum dijadual pulang pada 19 Disember.
  
Semalam, 19 mangsa lain yang turut terkandas di gunung tersebut sejak beberapa hari lalu diselamatkan.  – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25.12.14

No comments:

Post a Comment