21 Disember 2014 1:09 AM
KAHERAH– Pemain skuasy nombor
satu dunia Datuk Nicol David semakin hampir untuk merangkul kejuaraan kali
kelapan selepas menewaskan Omneya Abdel Kawy dari Mesir di separuh akhir
Kejohanan Dunia Wanita semalam.
Nicol David (kiri) menghampiri
gelaran dunia kelapan selepas menewaskan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy di
separuh akhir di Kaherah semalam.
Ratu skuasy negara itu
bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menang 11-9, 9-11, 8-11, 11-5, 11-5
dalam perlawanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla Skuasy di sini.
Sembilan bulan lalu, Nicol, 31,
terlepas kejuaraan itu selepas tewas di separuh akhir kepada pemain muda Mesir,
Nour El Sherbini untuk kejohanan edisi 2013 yang tertangguh.
Ini adalah kemenangan ke-19
Nicol ke atas Omneya sepanjang 20 pertemuan dan merupakan kali kelapan dia ke
pentas final dalam Kejohanan Dunia.
“Setiap negara memiliki
keistimewaan. Namun, Mesir di antara negara yang cukup istimewa. Bagi saya,
pemain-pemain mereka telah melakukan yang terbaik di hadapan penyokong sendiri.
“Pertemuan dengan Omneya adalah
sesuatu yang mengagumkan, ditambah pula mendapat sorakan dari penyokong tuan
rumah. Suasana tadi amat hebat dan saya menikmati setiap minit perlawanan,”
kata Nicol.
Sepanjang menyertai Kejohanan
Dunia, atlet kelahiran Pulau Pinang itu belum pernah kecundang di pentas akhir.
Lawannya dalam perebutan
gelaran hari ini ialah seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Welily. – AGENSI
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/nicol-ke-final-kejohanan-dunia-1.38974#sthash.uQKjngf9.dpuf
No comments:
Post a Comment