Lebih 40 mayat ditemukan di
Laut Jawa
31 Disember 2014 1:50 AM
ANGGOTA pasukan mencari dan
menyelamat mengangkat serpihan pesawat AirAsia yang ditemukan di Laut Ja
Advertisement
ANGGOTA pasukan mencari dan
menyelamat mengangkat serpihan pesawat AirAsia yang ditemukan di Laut Jawa
semasa dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia, semalam. –
REUTERS
JAKARTA 30 Dis. - Misteri
kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sejak dua hari lalu, akhirnya terungkai
ekoran penemuan lebih 40 mayat penumpang di zon pencarian di Laut Jawa, sekali
gus mengesahkan bahawa pesawat yang membawa 162 orang itu terhempas ketika
dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, kelmarin.
Angka korban dijangka terus
meningkat ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan lebih banyak
mayat yang ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan serpihan pesawat tersebut,
kira-kira 160 kilometer dari barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Malah apa yang lebih menyayat
hati, portal berita Detik News melaporkan, empat mayat penumpang ditemukan
dalam keadaan berpegang tangan, seolah-olah menunjukkan mangsa masih hidup
sejurus pesawat itu terhempas.
Bagaimanapun belum ada
pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia tentang jumlah sebenar mayat
yang ditemui di zon pencarian setakat ini.
Dalam operasi misi mencari dan
menyelamat (SAR) pada hari ketiga yang tertumpu di 13 zon pencarian di laut dan
darat, petunjuk pertama diperoleh selepas pesawat peninjau mengesan 10 serpihan
besar kapal terbang penumpang itu termasuk gelongsor kecemasan dan pintu,
selain sejumlah besar serpihan kecil termasuk beg penumpang dan jaket
keselamatan.
Malah Ketua Badan SAR Nasional
(Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo berkata, sebuah pesawat peninjau
tentera Indonesia turut mengesan satu bayang-bayang yang menyerupai pesawat di
dasar laut dekat zon pencarian di barat daya kepulauan Borneo.
Kurang sejam kemudian, Tentera
Laut Indonesia mengesahkan penemuan enam mayat tidak jauh dari lokasi serpihan
dan berjaya mengeluarkan tiga mayat menggunakan helikopter.
Jurucakap tentera laut, Manahan
Simorangkir berkata, kapal perang Bung Tomo yang dikerah ke lokasi penemuan dan
mengeluarkan lebih 40 mayat dan serpihan pesawat tersebut. – AFP/AGENSI
TERKINI: Ketua Badan SAR
Nasional Indonesia, Bambang Soelistyo mengesahkan hanya tiga mayat ditemukan
setakat awal pagi semalam.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/misteri-terungkai-1.42925#sthash.hEo8pxfd.dpuf
No comments:
Post a Comment