Ad

Saturday, 27 December 2014

Fakri makin bersemangat



Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2014
 Ahmad Fakri Saarani
    Ahmad Fakri Saarani
PENYERANG Kelantan, Ahmad Fakri Saarani memberitahu bahawa status sebagai seorang suami tidak membebankan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terkemuka di Malaysia.

Sebaliknya, Fakri berkata, dia lebih bersemangat untuk beraksi selepas mendirikan rumah tangga bersama model dan pelakon Sofea Adiella atau dikenali sebagai Appl Sofea.

“Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan dalam masa yang sama akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya seimbang antara karier dan rumah tangga,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu turut berkongsi rahsia tentang ciri-ciri wanita idamannya yang ada pada Sofea.

“Saya pilih Sofea sebab dia memahami saya, saya seorang yang sibuk dan apa yang penting, dia sudah biasa dan faham dengan tugas saya dan kerjaya saya di padang. Kalau ‘ditinggalkan’ untuk perlawanan dia tidak pernah merungut.

“Dia seorang yang lemah lembut dan berbudi pekerti tinggi, membuatkan hati saya memilihnya,” katanya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 27 Disember 2014

No comments:

Post a Comment