29 Disember 2014 12:26 AM
A. THAMIL ARASU (kiri) akan
kembali mendapat jersi bertuahnya,
A. THAMIL ARASU (kiri) akan
kembali mendapat jersi bertuahnya, No. 9 apabila membawa cabaran Selangor
menghadapi Liga Malaysia musim 2015.
SHAH ALAM – Penyerang
Selangor, A. Thamil Arasu berpeluang menyarung kembali jersi No. 9 selepas
bintang import dari Brazil, Paulo Rangel berpindah ke Terengganu musim hadapan.
Menganggap No. 9 sebagai amat
bertuah sepanjang dia berkecimpung dalam kancah bola sepak, bekas pemain
Harimau Muda A berharap dia dapat mengambil kesempatan yang diberikan
kepadanya.
“Pada saya No. 9 sangat bertuah
kepada saya kerana sudah menggunakan nombor ini sejak mewakili Harimau Muda A
lagi.
“Semasa Paulo Rangel menyertai
Selangor nombor tersebut digunakan olehnya jadi apabila dia sudah berpindah ke
pasukan lain, saya berpeluang untuk menyarung kembali jersi No. 9.
Advertisement
“Saya berharap dengan
menggunakan No.9, tuah akan menyebelahi nasib saya malah mensasarkan untuk
menjaringkan lima atau enam gol pada musim hadapan,” katanya bekas pemain
kebangsaan itu.
Musim lalu, Thamil, yang
menyarung jersi No. 20 sekadar menjaringkan tiga gol dan banyak menghabiskan
masa di bangku simpanan di awal saingan liga.
Dia cuma berpeluang beraksi
dalam 10 perlawanan bersama Red Giants sepanjang musim lalu.
Ketika ditanya mengenai
ketiadaan Rangel mampu memberi ruang kepadanya untuk lebih menyinar, Thamil
menganggap itu semua hanya boleh ditentukan semasa perlawanan nanti.
“Meskipun Rangel tiada tapi
saya tidak tahu sama ada akan menjadi kesebelasan utama atau tidak kerana
jurulatih yang membuat keputusan.
“Malah, kami juga mempunyai
pemain import baharu yang bakal menggantikan tempatnya.
“Saya perlu berusaha keras dan
memastikan jurulatih menyedari kesungguhan saya.
“Selebihnya saya serahkan
sewaktu beraksi di atas padang. Apa yang penting saya dan rakan sepasukan
bermain dengan cemerlang untuk merebut gelaran juara liga pada musim hadapan,”
katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/thamil-arasu-harap-tuah-jersi-no-9-1.42020#sthash.cwgkFWhB.dpuf
No comments:
Post a Comment