Mohd Fahmi Ismail
20 Disember 2014
Barisan kemungkinan Harimau Malaya
MALAM ini, Stadium Nasional
Bukit Jalil menjadi detik penentu pasukan manakah akan ditabalkan sebagai Raja
Asia Tenggara Edisi 2014 apabila Malaysia dan Thailand akan membuat perhitungan
terakhir merebut trofi Piala AFF Suzuki.
Skuad negara pimpinan Dollah
Salleh tewas 0-2 pada perlawanan akhir pertama di Bangkok, Rabu lalu sekali gus
menghampakan puluhan juta peminat bola sepak tempatan.
Tetapi, peluang pemain Harimau
Malaya bangkit masih ada kerana 90 minit perlu diharungi dengan syarat menang
3-0 tanpa balas daripada pihak lawan.
Persoalan timbul, bolehkan
Malaysia sekali lagi mencipta 'comeback' kerana tuah tidak selalu ada dalam
permainan bola sepak.
Tamat badi
Bagi Thailand, mereka sudah
tentu ingin menamatkan badi tanpa kejuaraan selepas mengalahkan Indonesia pada
perlawanan akhir AFF 2002.
Untuk rekod, Thailand kalah
dalam tiga penampilan di final pada 2007, 2008 dan 2012.
Menurut penjaga gawangnya,
Kawin Thamsatchanan dalam sidang media baru-baru ini, dia mahu menjadikan
pentas final kali ini bagi menebus kembali kekalahan pada edisi 2012 di tangan
Singapura.
“Bukan satu tugas yang mudah
berdepan Singapura, juara tiga kali pada perlawanan akhir yang lalu dan inilah
kesempatan terbaik bagi kami menamatkan penantian sejak sekian lama (kali terakhir
Thailand menang 2002).
“Semangat semua pemain
ternyata begitu berkobar-kobar dan saya nampak kami kali ini amat mahukan
trofi AFF,” katanya.
Yakin bangkit
Pengendali Malaysia, Dollah
yakin anak didiknya mampu bangkit dalam perlawanan akhir kedua di Bukit Jalil,
hari ini.
Katanya, situasi di Bangkok
tidak lagi berulang yang menyaksikan skuadnya bermain dalam keadaan tertekan
dan kesilapan bahagian pertahanan membolehkan Gajah Perang menjaringkan
kedua-dua gol.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 20.12.14
No comments:
Post a Comment