Ad

Monday, 29 December 2014

BR1M 2015: Dipercepat, mula dibayar 15 Januari ini



SHEILA RANI CHANDRASEKARAN  |  29 Disember 2014 4:09 PM
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir bulan depan, akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima di negeri yang terjejas banjir diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.

“Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M. Oleh itu, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M dipercepatkan mulai 15 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, menurut beliau, permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/br1m-2015-dipercepat-mula-dibayar-15-januari-ini-1.42349#sthash.xEYgwJ4e.dpuf

No comments:

Post a Comment