DARIPADA 25 pemain yang
disenaraikan sebelum ini, Beng Hai hanya membawa 18 pemain terbaik untuk
menggalas cabaran buat pasukan negara.
Kesemua mereka bakal diuji
dalam dua aksi persahabatan menentang Poland dan Bangladesh dalam tempoh waktu
terdekat.
Bagi Beng Hai, di situ menjadi
medan buat pemain membuktikan mereka layak dipilih.
“Keputusan yang direkodkan
dalam aksi persahabatan itu bukan penentu apa yang penting adalah penilaian ke
atas pemain.
“Kami akan berlatih
bersama-sama selepas pemain mendapat rehat yang cukup terutama selepas tamat
kempen Piala TNB 2014,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25.12.14
No comments:
Post a Comment