Ad

Wednesday, 31 December 2014

JDT kian mantap, bawa tujuh muka baharu



NORSHIKIN MOHD SALLEH
31 Disember 2014
Pengumuman Gary dalam barisan pemain JDT 2015 menamatkan spekluasi yang melanda dirinya sebelum ini.
Pengumuman Gary dalam barisan pemain JDT 2015 menamatkan spekluasi yang melanda dirinya sebelum ini.          

HARIMAU Selatan terus memperkukuhkan pasukan apabila membawa masuk tujuh muka baru bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.  Lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.

Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S Kunalan, S Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal antara pemain memperkuatkan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kesemua mereka akan bergandingan dengan Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd. Izham Tarmizi Roslan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal dibawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak. Pemain import JDT musim lalu, Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun dikekalkan untuk beraksi dalam aksi sepak mula 31 Januari depan.

Kesemua barisan 25 pemain Harimau Selatan itu diumumkan pada majlis pelancaran jersi baharu dan memperkenalkan pemain yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, kelmarin.

Mencuri tumpuan, kehadiran Gary di pentas utama menamatkan spekulasi yang melanda pemain tengah itu yang dikaitkan dengan beberapa pasukan lain.

Beliau yang ditemui berkata, dia memilih untuk beraksi bersama JDT bagi mempertingkatkan diri selain menimba pengalaman baharu.

"Saya pilih pasukan ini sebab saya nak mempertingkatkan diri sendiri apabila berlatih dengan rakan sepasukan yang lain. Spekulasi sudah selesai,’’ katanya yang akan bekerja keras merebut kesebelasan utama dalam pasukan.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 31.12.14

No comments:

Post a Comment