25 Disember 2014 12:33 AM
KEPULANGAN Nicol David di
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
KEPULANGAN Nicol David di
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, semalam disambut oleh sekumpulan
kanak-kanak yang memberi ucapan tahniah atas kejayaannya muncul juara dunia
buat kali kelapan.
GEORGETOWN – Datuk Nicol David
menyifatkan 2014 sebagai tahun terbaiknya selepas merangkul kejuaraan dunia
buat kali kelapan, membantu Malaysia melayakkan diri ke final Kejohanan Skuasy
Wanita Berpasukan Dunia buat kali pertama, selain mempertahankan takhta No. 1
dunia.
Nicol, 31, yang pulang ke Pulau
Pinang semalam untuk menyambut Krismas bersama keluarga turut membantu Malaysia
merangkul dua pingat emas pada Sukan Asia di Incheon dan meraih emas
perseorangan wanita dalam Sukan Komanwel di Glasgow.
Bintang No. 1 dunia itu menamatkan
Siri Jelajah Persatuan Skuasy Antarabangsa (WSA) dengan merangkul enam
kejuaraan, sekali gus menjadikan 2014 sebagai tahun yang akan dikenang dan
musim terbaik dalam kariernya.
“Saya fikir, selagi badan saya
berdaya, sihat dan mempunyai keinginan untuk menang, saya tidak akan berhenti,”
kata Nicol ketika ditanya apakah kejuaraan dunia kali kelapan sudah memadai
untuk dia menutup kariernya yang gemilang.
Walaupun masih kepenatan
kerana baru kembali daripada mengharungi minggu yang sibuk di Kaherah, Mesir,
namun Nicol sudah mempunyai perancangan untuk musim 2015.
Katanya, dia akan beraksi dalam
lebih 10 kejohanan tahun depan, bermula dengan Kejohanan Liga Juara-Juara di
New York, yang bermula pada 16 Januari.
“Selain kejohanan utama seperti
Juara-Juara, Terbuka Britain dan Terbuka Amerika Syarikat, saya juga mahu
memberikan aksi terbaik dalam kejohanan di Malaysia,” ujarnya lagi.
Menurut Nicol, buat masa ini,
dia mahu menikmati sepenuhnya cuti dua minggu untuk menyambut Krismas dan Tahun
Baharu bersama keluarga di Pulau Pinang serta Kuala Lumpur.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/nicol-harungi-musim-terbaik-dalam-karier-1.40536#sthash.GeVhwco6.dpuf
No comments:
Post a Comment