Ad

Wednesday, 31 December 2014

Bangkai QZ8501 berjaya dikesan



 
ANGGOTA Tentera Nasional Indonesia mengangkat dua keranda yang membawa mayat mangsa pesawat QZ8501 selepas diterbangkan ke Surabaya semalam.

JAKARTA, Indonesia – Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) dilaporkan berjaya mengesan lokasi bangkai pesawat malang syarikat penerbangan AirAsia Indonesia, QZ8501 di dasar Laut Jawa dengan menggunakan peralatan sonar semalam.

Memetik laporan CCN, imej sonar tersebut menunjukkan sebuah bayangan objek yang gelap dan besar di dasar Laut Jawa yang dipercayai bangkai pesawat QZ8501.

Jurucakap daripada Basarnas berkata, bangkai QZ8501 dikesan berada pada kedalaman di antara 24 hingga 30 meter di dasar Laut Jawa kira-kira 100 kilometer dari perairan Pangkalan Bun.

Katanya, sebelum operasi hari keempat ditamatkan petang semalam, pasukan mencari turut dilaporkan dapat melihat bayang satu objek di sekitar lokasi pencarian yang dipercayai fiuslaj atau bahagian utama badan pesawat itu.

“Pasukan penyelam, kapal dan juga pesawat dari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah ke lokasi bangkai pesawat itu dikesan, bagaimanapun angin dan ombak yang kuat menyukarkan operasi pencarian semalam,” kata Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto kepada CNN.

Katanya, banyak mayat mangsa dipercayai masih berada di dalam pesawat, namun tidak dapat dipastikan sama ada struktur pesawat masih dalam keadaan baik atau sudah berkecai.
sumber
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3NWZXLI8lHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment