Ad

Thursday, 25 December 2014

KAD PENGENALAN BARU





PUTRAJAYA 31 Disember 2011 -- Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor menunjukkan perbezaan kad pengenalan baru (atas) dengan kad pengenalan lama selepas sidang akhbar memperkenalkan kad itu di JPN semalam.

Kad Pengenalan Baru itu telah ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama.

JPN akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor.(Gambar kecil kiri) Kad pengenalan yang baru akan menimbulkan imej Kompleks Jabatan Perdana Menteri apabila di pancarkan dengan cahaya ultra violet. --fotoBERNAMA (2011)
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26.12.11

No comments:

Post a Comment