DATUK Seri Najib Razak ketika
menyampaikan kata-kata semangat menerusi video yang dimuat naik di laman
YouTube kepada pasukan Harimau Malaya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib
Razak menyampaikan kata-kata semangat menerusi video yang dimuat naik di laman
YouTube kepada pasukan Harimau Malaya yang akan berdepan dengan Thailand pada
aksi kedua final Piala AFF Suzuki, malam ini.
Dalam klip video kira-kira 40
saat itu, Perdana Menteri percaya pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam
8 malam ini, skuad bola sepak Malaysia mampu menebus kekalahan 0-2 kepada
Thailand di Bangkok, Rabu lalu.
"Saya percaya pasukan
Malaysia mempunyai kebolehan untuk menjulang Piala AFF Suzuki.
"Mainlah dengan penuh
semangat dan rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan
menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini serta membawa satu permainan yang
cukup hebat dan cemerlang," kata Perdana Menteri.
Malaysia tewas 0-2 kepada
pasukan negara jiran itu dalam pertemuan akhir pertama di Stadium Nasional
Rajamangala di Bangkok, Rabu lalu.
Skuad Harimau Malaya beraksi di
final kali ketiga dalam kejohanan edisi 2014 selepas 1996 dan 2010.
Malaysia muncul juara kali
pertama dalam edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal.
GELAGAT peniaga, Hagna Hafiz
Ismail, 42 (kanan) bersama rakannya yang menjual pelbagai jenis barangan
cenderamata sempena kehangatan menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki
AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil
hari ini. - Foto Ghazali Kori
PENYOKONG Thailand, Safiyah Ia
Teh, 19, (kiri) dan Farida Beraheng, 23, menunjukkan tiket sebelum memasuki
stadium menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 di antara
Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto
Azhar Ramli
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 20.12.2014
No comments:
Post a Comment