Hai-O
tetap yakin
13 Januari 2015 12:48 AM
KUALA LUMPUR – Meskipun kalah
dalam perlawanan persahabatan menentang Perak, kapten ATM, Hairuddin Omar tidak
cepat melatah sebaliknya menganggap keputusan itu bukan gambaran sebenar
kemampuan dia dan rakan-rakan sepasukannya.
Yang penting, katanya, fokus
mereka ialah menyiapkan diri untuk musim baharu Liga Super yang bakal membuka
tirainya pada 7 Febuari depan.
Menurut penyerang berusia 36
tahun itu, dia menganggap keputusan perlawanan yang dicatatkan ketika menentang
Perak di tempat lawan pada Khamis lalu tidak perlu dipandang serius kerana
mencari persefahaman dalam kalangan pemain menjadi keutamaan pasukan.
“Itu cuma perlawanan
persahabatan semata-mata. Kita tidak boleh terlalu memandang serius dengan
keputusan yang dicatatkan. Bagi saya aksi sebenar akan ditentukan apabila
bermula saingan liga kelak.
“Perlawanan persahabatan adalah
platform terbaik untuk kami mencari kombinasi dan keserasian dalam kalangan
pemain. Musim ini sudah pasti pasukan dihiasi dengan wajah baharu jadi kami
masih lagi berusaha untuk membentuk persefahaman,” katanya.
Kedua-dua gol ATM dihasilkan
menerusi sepakan penalti oleh penyerang dari Honduras, Jerry Palacios pada
minit ke-35 dan ke-52. Palacios merupakan anggota skuad Piala Dunia Honduras
pada tahun lalu.
Hairuddin atau lebih dikenali
Hai-O turut memaklumkan pasukannya akan terus menguji keserasian di Bangkok,
Thailand dalam siri perlawanan persahabatan pada 21 hingga 29 Januari.
“Kami akan menentang pasukan
tentera Thailand, Bangkok Glass FC dan satu kelab tempatan,” katanya.
Perlawanan tersebut diadakan untuk memberi laluan kepada pengendali B.
Sathianathan mencari kesebelasan utama pasukan untuk musim hadapan serta
membentuk kombinasi,” katanya.
ATM hampir tersingkir ke Liga
Perdana selepas menduduki tangga ke-10 musim lalu. Mereka yang berkongsi mata
dengan T-Team kekal dalam Liga Super musim ini berdasarkan kelebihan jaringan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hai-o-8232-tetap-yakin-1.47304#sthash.f57bsXV2.dpuf
No comments:
Post a Comment