Ad

Friday, 16 January 2015

Gary, PBNJ tanggung akibat



16 Januari 2015 3:20 PM
 
KELANA JAYA 16 Jan. - Kontroversi yang menyelubungi Gary Steven Robbat berakhir dengan pemain tengah itu digantung tiga bulan daripada menyertai sebarang kejohanan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain didenda RM50,000.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan selepas bermesyuarat lebih tiga jam di Wisma FAM di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, hukuman gantung ke atas pemain kelahiran Kedah itu berkuat kuasa serta merta selepas dia disahkan melanggar peraturan perjanjian mengikut Artikel 15 (a).

Selain Gary, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut didenda RM100,000 dan diberi amaran keras kerana didapati bersalah menandatangani Gary sebelum pemain itu dilepaskan FAM, selain menimbulkan permasalahan itu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang turut didapati bersalah menandatangani Gary sebelum dilepaskan FAM bagaimanapun hanya diberikan amaran. - UTUSAN ONLINE
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gary-pbnj-tanggung-akibat-1.48554#sthash.sfk5mcWw.dpuf

No comments:

Post a Comment