Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
RANGEL terus membuktikan
reputasinya selaku peledak berbisa dalam saingan bola sepak tempatan.
PENYERANG import baharu
Terengganu, Paolo Rangel membuktikan reputasinya selaku peledak berbisa dalam
kempen Liga Malaysia (Liga M).
Walaupun saingan liga musim ini
masih belum membuka tirainya, tetapi kemampun Rangel selaku penggempur berbisa
sudah mula terserlah.
Kelmarin, pemain dari Brazil
itu meledak hatrik buat skuad Penyu bagi membantu pasukannya meraih kemenangan
3-1 ke atas Lions XII dalam satu aksi persahabatan di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dalam perlawanan malam
kelmarin, gandingan Rangel dan Hassan Chaito nampak mantap dan gerakan mereka
banyak mengundang cemas buat pasukan pelawat.
Perubahan tersebut bakal
menjadi pembakar semangat buat skuad kendalian, Abdul Rahman Ibrahim itu untuk
mempamerkan aksi lebih berbisa pada musim ini.
Abdul Rahman tidak menolak
kemungkinan dua pemain import tersebut bakal digandingkan untuk menerajui jentera
serangan Terengganu dalam kempen Liga Super musim ini.
Ketika ditanya mengenai
kemungkinan menggandingkan Rangel dan Chaito di bahagian serangan, pengendali
berpengalaman itu tidak menafikannya, malah mengakui bahawa dua penggempur
tersebut bakal diberi kepercayaan untuk mengisi posisi tersebut.
“Bagi saya, dia (Chaito)
seorang pemain yang sangat teknikal dan berkemahiran tinggi. Dia ada keupayaan
dari segi pergerakan.
“Walaupun kurang bertenaga
disebabkan baru pulih daripada kecederaan, saya yakin dalam masa dua atau tiga
minggu ini, dia dapat baraksi selama 90 minit,” katanya.
Rangel yang merupakan pemenang
anguerah kasut emas musim lalu ketika bersama Selangor, membuktikan dia masih
berbisa dengan menjaringkan gol pada minit ketiga, ke-25 dan 42.
Pasukan pelawat meraih gol sagu
hati menerusi jaringan Isa Halim pada minit ke-40.
Abdul Rahman turut memuji
pergerakan Chaito yang banyak membuka ruang kepada Rangel untuk membuat
percubaan ke arah gawang gol.
“Semasa lawan T-Team tempoh
hari (aksi persahabatan), kita hanya menggunakan khidmat Rangel di bahagian
serangan, tetapi nampaknya, lepas ini Terengganu kena main dengan dua
penyerang.
“Pada masa yang sama, saya juga
berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain-pemain lain termasuk Ismail
(Faruqi Ash’ari) dan Saha (Ashaari Shamsudin) yang banyak memberi sumbangan
ketika melakukan serangan.
“Jadi, dengan adanya Saha di
sebelah kanan dan Ismail di sebelah kiri, permainan kita jadi lebih terbuka,”
ujarnya.
Sementara itu, ketua jurulatih
Lion XII, Fandi Ahmad menyifatkan perlawanan ‘pemanas badan’ itu lebih kepada
pendedahan awal untuk anak-anak buahnya yang rata-rata dibarisi pemain muda.
“Kita ingin memberi pendedahan
kepada pemain muda terutama mereka yang tidak pernah merasai bermain di
Malaysia,” katanya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3OWMExBaOHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment