SUBKHI SUDARJI
3 Januari 2015
KAMARUL AKHIR / WWW.ASIANA.MY Razip (belakang, tiga kiri ) pada
Majlis Pelancaran Logo Baharu XBaller di Shah Alam, semalam. - Foto: KAMARUL
AKHIR / WWW.ASIANA.MY
SKUAD bola sepak negara Bawah
22 Tahun (B22) memerlukan sekurang-kurangnya tujuh lagi pemain untuk
memperkuatkan pasukan sedia ada menjelang persiapan kejohanan kelayakan
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Qatar
pada 23 hingga 31 Mac depan.
Pengendalinya, Razip Ismail
berkata, pemain yang menjadi sasaran untuk bersamanya dalam B22 adalah pemain
Selangor, Nazmi Faiz Mansor, Farhan Roslan dan Shazwan Tajudin (Kedah).
"Dalam pemerhatian, Nazmi,
Farhan dan Shazwan antara pemain utama yang menjadi sasaran untuk
mempelbagaikan corak permainan.
"Sekiranya diizinkan
mengambil pemain luar, saya akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan pengurusan negeri pemain tersebut untuk memberi pelepasan
atau sebaliknya.
"Buat masa ini kita
memiliki 26 pemain sedia ada menjalani latihan persiapan menjelang kejohanan
Mac," katanya pada Majlis Pelancaran Logo Baharu XBaller di Shah Alam,
semalam.
Mengulas tempoh masa yang
diperlukan bagi pemain baharu bersama menjalani latihan, Razip mengharapkan
tempoh masa yang lama untuk mereka menyesuaikan diri dengan corak permainan
serta rakan sepasukan.
"Kalau mengikut kemahuan
saya, seeloknya awal Mac namun kita akan lihat sama ada ia mengganggu latihan
mereka bersama pasukan negeri atau sebaliknya.
"Kita akan menyenaraikan
18 atau 20 pemain untuk kejohanan itu, namun ia belum diputuskan lagi,"
katanya.
Skuad B-22 menghadapi laluan
getir pada kejohanan kelayakan AFC yang dinamakan semula sebagai Kejohanan AFC
Bawah 23 Tahun 2016.
Berdasarkan undian, anak didik
Razip akan berdepan Jepun, Macau dan Vietnam dalam saingan Kumpulan I.
Perlawanan Kumpulan I akan
diadakan di Malaysia. Pusingan kelayakan akan berlangsung 23 hingga 31 Mac
depan di 10 negara manakala pusingan akhir akan diadakan di Qatar pada Januari
2016.
Sejumlah 10 juara kumpulan dan
lima pasukan terbaik tempat kedua dalam kumpulan akan ke pusingan akhir.
Kejohanan Piala AFC Bawah 23
Tahun akan diadakan di Qatar pada 2016. Sebanyak 16 negara Asia di bawah Zon
AFC akan bersaing pada kejohanan ini di mana tiga pasukan terbaik akan mewakili
Zon Asia ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.
Qatar selaku tuan rumah layak
secara automatik, manakala 15 lagi pasukan akan ditentukan melalui pusingan
kelayakan.
Sebanyak 43 negara-negara Asia
diundi dalam 10 pasukan di mana pasukan juara peringkat kumpulan kelayakan akan
layak secara automatik manakala lima pasukan terbaik naib juara kumpulan akan
layak ke Pusingan Akhir Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun di Qatar pada 2016.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 3.1.15
No comments:
Post a Comment