Ad

Sunday 11 January 2015

Enam sekolah di Kelantan masih ditutup akibat banjir



11/01/2015 5:19pm

TUMPAT - Sebanyak enam sekolah di Kelantan tidak dapat dibuka pada sesi persekolahan tahun ini yang bermula hari ini kerana masih terjejas akibat banjir bulan lepas.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, status sekolah terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong, SK Kemubu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang terletak dalam jajahan Kuala Krai serta SK Tohoi, SK Pasir Tumboh dan SK Balar di jajahan Gua Musang, akan disemak setiap hari.

"Kita akan buat semakan setiap hari dan tengok laporan, sekolah akan dibuka secepat mungkin tetapi bergantung kepada proses pembersihan lumpur di sekolah terbabit," katanya selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut (SMKKL) di sini hari ini.

Idris berkata, pihaknya juga menjangkakan peralatan seperti kerusi dan meja dapat dihantar ke sekolah yang terbabit bencana banjir dalam tempoh seminggu, sementara buku teks akan dihantar bulan ini kerana ia perlu dicetak terlebih dahulu.

Sesi persekolahan tahun ini di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula hari ini manakala bagi negeri-negeri lain bermula esok. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz3OW9SyuMmHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment