Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kebun milik
seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi
perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz
besar.
Amira Mukri, 53, berkata, tiga
biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter
panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu.
Bagaimanapun, dia kecewa
apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa
kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa
rezeki.
Menurutnya, dia dan ahli
keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal
pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak
bersebelahan kediamannya.
“Saya dan adik lelaki menanam
pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air
berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin
memanjang hingga mencecah satu meter.
“Beberapa penduduk datang ke
kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah
melihat labu air aneh seperti ini,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 17 January 2015 @ 5:25 AM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/24354#sthash.n2XoWkCN.dpuf
No comments:
Post a Comment