: Jenazah
Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zuhur semalam.
Abdullah, 94, meninggal dunia
di kediamannya di Seksyen 17, di sini, kira-kira 9 malam tadi kerana sakit tua.
“Arwah bapa seorang yang sangat
warak, kuat beribadat dan selalu mengaji terutama selepas waktu Subuh...seorang
sangat penyayang terutama kepada ibu dan anak-anaknya,” kata Ahmad Patria, anak
sulung Allahyarham ketika ditemui pemberita selepas upacara pengebumian itu.
Menurutnya, arwah bapanya
pernah mengharap semoga perjuangan bidang penulisannya itu menjadi
kesinambungan kepada generasi akan datang.
Allahyarham meninggalkan
seorang isteri Datin Saroja Basri dan lima orang anak berumur antara 32 hingga
46 tahun serta 20 orang cucu.
Sasterawan Negara Datuk A Samad
Said yang hadir di tanah perkuburan menyifatkan pemergian Allahyarham sukar
dicari ganti dan sangat-sangat dirasai terutama dalam kalangan sasterawan
seangkatannya.
“Arwah seorang yang sangat
produktif...beliau sangat menghormati golongan sasterawan seangkatan beliau
malah juga daripada golongan yang muda,” katanya kepada pemberita sambil
menambah yang beliau mengenali Abdullah sejak tahun 1950-an lagi.
Terdahulu, Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Sasterawan Negara
Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya
di Seksyen 17, di sini.
Abdullah sudah menghasilkan
lebih 19 novel di antara 1940 hingga 1990-an, antaranya novel Iman yang pernah
memenangi Hadiah Pertama Novel Nasional, tiga kumpulan cerpen, sembilan
terjemahan, satu autobiografi dan lima biografi.
Anugerah yang pernah diterima
Allahyarham ialah SEA Write Awards di Bangkok, pada tahun 1981 dan Penerima
Anugerah Sastera Negara pada tahun 1995 iaitu penerima kelapan sejak anugerah
itu diperkenalkan pada tahun 1980. – BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 2 January 2015 @ 8:53 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/20942#sthash.dnskgvo6.dpuf
No comments:
Post a Comment