Ad

Saturday 24 January 2015

Firhan boleh beraksi

Singapura: Kecederaan bibir tidak menghalang penyerang negara, Muhammad Firhan Ashari daripada beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Jepun pada pusingan kedua Liga Hoki Dunia hari ini.

Muhammad Firhan berkata, kecederaan itu tidak menimbulkan masalah bagi dirinya untuk meneruskan cabaran pada peringkat separuh akhir kerana tidak membabitkan kecederaan tangan atau kaki.

Pemain itu terpaksa menerima empat jahitan di bibir selepas bertembung dengan penjaga gol Mexico pada perlawanan suku akhir, kelmarin.

“Doktor menyatakan saya boleh bermain esok kerana kecederaan itu tidak menjejaskan aksi,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan ringan semalam.

Mengulas pertemuan dengan Jepun, katanya, semua pemain perlu mempunyai persefahaman tinggi serta mengelak daripada melakukan kesilapan untuk memburu tempat ke final, Ahad ini.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir Poland akan berdepan Oman. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:23 AM
 
FIRHAN menunjukkan jahitan di bibirnya.


- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/25971#sthash.yxEkUSZt.dpuf

No comments:

Post a Comment