-Oleh Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my
Tawau: Seramai 13 penduduk
diselamatkan pasukan bomba dan dipindahkanke tempat selamat selepas rumah
mereka dinaiki air berikutan banjir yang melanda di Kampung Sungai Gading Wakuba,
awal pagi tadi.
Difahamkan banjir berlaku
disebabkan hujan yang turun sejak semalam menyebabkan air dari sungai di
kampung berkenaan melimpah keluar membanjiri kawasan terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, khidmat
kemanusiaan menyelamat mangsa banjir dilakukan selepas pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 8.16 pagi.
"Laporan awal, seramai 13
mangsa daripada dua keluarga terpaksa diselamatkan dan berpindah ke kawasan
selamat.
"Pasukan bomba dengan
kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang melakukan operasi
menyelamat dan pemantauan di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi,
hari ini.
Sementara itu, tinjauanHarian
Metro mendapati laluan keluar dari kampung berkenaan terjejas dan tidak boleh
digunakan untuk kenderaan kecil.
Manakala beberapa penduduk
sedang bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air semakin naik.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 2 January 2015 @ 1:53 PM
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/21018#sthash.XifMzYoW.dpuf
No comments:
Post a Comment