Kehadiran semua pihak
berkepentingan perlu dimanfaatkan
SUFIAN HADI MOHD. SOJAK | 14
Januari 2015 12:40 AM
MORTEN FROST HANSEN
KUALA LUMPUR - “Bagi saya, ini
platform terbaik untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari jalan
penyelesaian. Kalau kami dapat selesaikannya awal adalah lebih baik”.
Itu pandangan Datuk Mohammad
Norza Zakaria, yang berharap mesyuarat majlis BAM yang akan diadakan di
Kuching, Sabtu ini sempena kejohanan Malaysia Masters dapat dimanfaatkan untuk
menyelesaikan isu kontrak jurulatih tempatan.
Menurut Timbalan Presiden BAM
itu, biarpun rancangan asal mereka adalah menunggu sehingga Morten Frost
Hansen melapor diri sebagai Pengarah Teknikal pada 1 Mac untuk menyelesaikan
segala isu tertangguh, namun tiada salahnya jika perkara itu diselesaikan awal
apabila berpeluang.
Bukan saja Frost dan majlis
tertinggi BAM akan menghadiri kejohanan Grand Prix Emas itu, malah semua
jurulatih kebangsaan juga kini berada di Kuching.
Advertisement
“Pihak pengurusan BAM akan
bertemunya (Morten) sama ada sebelum atau selepas mesyuarat majlis diadakan
(Jumaat atau Sabtu ini).
“Pada saya, memandangkan BAM
ketika ini dilanda pelbagai isu, sebaiknya mesyuarat itu nanti dimanfaatkan
untuk mencapai kata pemutus.
“Sekurang-kurangnya kami dapat
merangka sesuatu yang akan melegakan hati semua, namun ini cuma pandangan
peribadi saya.
“Kalau perkara ini (isu kontrak
jurulatih) dapat diselesaikan segera tanpa perlu menunggu sehingga Morten tiba
untuk melapor diri pada Mac depan, ia adalah lebih baik.
“Kalau ia sudah boleh
diselesaikan sekarang, bermakna dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini kita
sudah boleh memulakan proses pemulihan,” katanya kepada Utusan Malaysia
semalam.
Kedudukan jurulatih kebangsaan
kini hangat diperkatakan selepas kontrak mereka yang tamat pada hujung bulan
lalu belum diperbaharui.
Kesemua jurulatih itu hanya
diberi lanjutan kontrak sehingga Mac kerana BAM mahu menunggu kehadiran Frost
yang bakal menentukan barisan kejurulatihan.
Antara yang tamat kontrak
adalah jurulatih perseorangan lelaki, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock, Pang Cheh
Chang (beregu lelaki), Wong Tat Meng (perseorangan wanita), Rosman Razak
(beregu wanita) dan Jeremy Gan (beregu campuran).
Presiden BAM, Tan Sri Tengku
Mahaleel Tengku Ariff yang mengadakan pertemuan dengan jurulatih pada 5
Januari lalu memberitahu bahawa Frost diberi kebebasan untuk menentukan
struktur kejurulatihan yang baharu.
Ketika ditanya mengapa BAM
tidak melantik Frost lebih awal daripada Mac ini, Norza berkata bekas Pengarah
Kejurulatihan kebangsaan yang pernah berkhidmat di Malaysia pada 1997 hingga
2000 itu sudah terikat dengan majikan lamanya.
“Lagi pun, kami memberi ruang
kepadanya untuk menyelesaikan hal-hal tertentu sebelum dia boleh menggalas
tugas sepenuhnya sebagai Pengarah Teknikal BAM nanti,” katanya lagi.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/selesaikan-minggu-ini-1.47712#sthash.XFhCYoMk.dpuf
No comments:
Post a Comment